Saturday, August 21, 2010

kisah: rokok..cinta pertamaku??


19 OGOS 2010

Pada suatu ketika saat detik dahulu, mad pergi ke kelas. tapi macam biasa la,mad selalu lambat masuk kelas.dah tabiat,nak wat macam mane..selepas habis je kelas,mad rasa tak sedap hati. mungkin dalam kelas tadi ada orang wat dia tersinggung kot tak pon dia ada wat salah kot. waktu pulang,dia tak balik rumah tapi dia pergi rumah kawan dia, saja nak melepak kot. masa tengah melepak kat rumah kawan dia, ada bdk pompuan ni msg dia.
nama budak pompuan tu ct. tapi mad wat tak layan sebab tengah bz kot dok sembang dengan member dia.ct pon bengang lalu mengoffkan tepon dia.


mad pon blik rumah.sampai je rumah dia terus cal ct tp tak dapat sebab ct off tepon. bila time petang tu baru ct on balik tepon dia. mad cal ct dapat tapi diaa xangkat.pastu ct msg marah2 mad pasal wat tak tau je kat dia masa dia msg tadi, tu pasal ct merajuk off tepon.malam tu mad jenuh pujuk la.tp mcm biasa la bila rasa tertekan mad ni isap rokok dulu.tapi ct tak tau.kalo dia tau mesti dia marah gila kat mad.


20 OGOS 2010


macam biasa la,pagi2 pergi kelas. dalam kelas mesti tido punyer.tapi bukan selalu mad tido dalam kelas,kadang-kadang je. dalam pukul 12 macam tu kelas pon tamat, mad dengan tangkas melompat ke atas motonya dan cepat2 pulas minyak balik rumah sebab hari nak hujan.
hari tu cuaca sungguh mendung dan gelap menandakan hujan lebat akan turun sat lagi.mad masih rasa tak sedap hati macam semalam jugak.


balik dari solah jumaat dia macam biasa la cal ct tanya khabar makan ke tak lagi,lebih kurang macam tu la bila dia cal ct. tapi tiba2 sebelum dia letak telepon, ct tanya mad, "awak isap rokok ke?".mad dah serba salah nak bagitau ke tak. mula2 mad cakap tak isap tapi mad xberani nak tipu ct dan dia tak sanggup nak tipu ct. akhirnya mad bagitau jugak ct yang dia isap rokok.
ct pon bagitau yang dia memeang dah agak sebab ada orang kecoh2 masa dalam kelas dan ct cakap dia dapat rasa. apa lagi,ct marah gila la. ct ni orang yang tak leh terima orang merokok.
puas mad pujuk tapi ct tak ok jugak. ct dah tak leh terima mad dah sebab kantoi mad merokok.


KEMUDIAN....


mad rasa menyesal sangat sebab orang yang dia paling sayang tak leh terima dia dah sebab dia merokok. ct tetap jugak tak leh terima mad sebab sebelum ni dia dah bagi amaran dan peluang. tapi mad terpengaruh dengan kawan2.lagi pon mad ni sebelum dia kenal ct dia perokok dah. tapi selepas dia kenal ct dia bertekad untuk berenti merokok untuk selama-lamanya sebab ct dah pesan dia tak suka berkawan dengan perokok. (buat pengetahuan semua mad ni pertama kali bercinta dengan ct..sebelum ni dia takut dengan perempuan). tapi mad tak dapat nak melaksanakan apa yang tekad. perjuangannya melawan nafsu menahan merokok tu hanya sekejap sahaja.tak lama pon,dia buleh bertahan hanya selama beberapa taun je. pastu dia merokok secara haram tanpa pengetahuan ct.tapi dalam hati kecil mad dia hanya nak jadi perokok sosial dan dia akan berenti merokok balik tapi tanpa pengetahuan ct.
tapi semuanya dah terkantoi oleh mulut2 durjana.tapi nak wat macam mana.dah tak leh nak patah balik. mad menyesal ggila sebab dah lama dia kenal ngan ct dan banyak kenangan mereka yang indah,tapi semua tu dah jadi seperti lukisan yang indah telah diconteng. tu la siapa suruh wat benda yang ct tak leh terima. pandai wat pandai tanggung la mad...


akhirnya berakhirlah cinta antara mad dan ct..
ct adalah cinta pertama mad dan mungkin yang terakhir..
cinta mereka terputus di tengah jalan..
telerai tanpa ikatan..
tapi mad menganggap ini adalah takdir..
dia redha dan mengaku akan kesilapan dia..
semuanya kerana sekotak rokok!!


pls; citer ini hanya rekaan semata2 tidak ada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupon yang mati dan yang cacat atau tak betul..
hehe..


so kwn2,,jom berenti isap rokok!!

2 comments: